My Blog List

  • PERHATIAN - Stok baru akan dikemaskini di threads https://www.threads.com/@rentaru.my atau https://www.threads.com/@gajetdijepun dahulu sebelum dikemaskini di sini...
    2 weeks ago

Thursday, 2 August 2012

Aktiviti di bulan Ramadhan

Aktiviti fotografi saya di bulan ramadhan saya penuhi dengan mengambil gambar landskap seperti di sebelah ini. Gambar ini diambil menggunakan lens yang agak wide Tokina 11-16mm (ehsan dari rakan sehobi) yang tak jemu berkongsi ilmu beliau kepada saya & dapatlah saya belajar sesuatu yang baru bagi diri ini.


Gambar disebelah ini diambil ketika matahari baru menimbulkan diri dan menghasilkan suatu suasana yang begitu mendamaikan. Sekiranya penggunaan shutter saya lebih perlahan mungkin dapat menyaksikan ketenangan air yang umpama kapas / kain sutera dan penghasilan imej bebayang sampan serta tiang yang lebih menakjubkan. 

Disebelah ini pula adalah kemunculan mentari pagi yang berlaku hanya beberapa ketika sahaja dan kepantasan jurufoto serta teknik dan pengalaman akan membantu untuk mendapatkan gambar yang lebih membuatkan hati terpesona. Masih banyak untuk saya perbaiki lagi untuk sampai ke tahap tersebut :)


Gambar bulan ini diambil pada malam ke-13 Ramadhan pada jam lebih kurang pukul 12:15 pagi menggunakan lens telefoto berjarak 270mm. Inilah rupa sebenar bulan tetapi tanpa bantuan teknik / setting yang betul, gambar yang terhasil tak ubah seperti mengambil lampu jalan sahaja. Setelah mendapatkan khidmat nasihat dan melalui pembacaan, dapat jualah hasil seperti disebelah ini.



Sekian dulu kali ini, Salam Ramadhan buat semua :)

Saturday, 18 February 2012

sesaje update status... 18/02/2012

Assalamualaikum... dah berbulan-bulan tak tulis blog. Masalahnye ialah masa & lebih banyak update status di fesbuk dan terlibat dalam banyak aktiviti fotografi. Hehehe... ni pun kembali menulis sebab jealous pulak tengok orang lain (yang asal zero) pun dah ada blog sendiri. Bukan berniat jahat, cuma takut blog sendiri ni jadi sekadar perhiasan sahaje... bila orang tanya ada blog ke tidak takkan nak jawab takde, tapi masalahnye tak terupdate pun dengan latest story.

Kat sini nak jugak inform antara aktiviti yang saya buat sepanjang blog ini tidak berfungsi (hehehe, tidak berfungsi eh!)...
-join kelab kamera... Nikon Club Malaysia
-kerja kahwin adik perempuan saya
-jenjalan pegi Desaru bersama sepupu dan adik (2x hari berbeza)
-naik keretapi pegi Kluang & pegi Ayer Hitam
-dan banyak lagi yang sudah terlupa dah... :)

Kalau-kalau ada yang ingin melihat gambar-gambar rasanya boleh la add saya sebagai rakan di fesbuk... http://facebook.com/matnor.wazza

Monday, 20 June 2011

Gambar pengantin (peringkat awal menceburi bidang fotografi)