My Blog List

  • PERHATIAN - Stok baru akan dikemaskini di threads https://www.threads.com/@rentaru.my atau https://www.threads.com/@gajetdijepun dahulu sebelum dikemaskini di sini...
    2 weeks ago

Wednesday, 8 August 2012

Percubaan bermakro...

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua... Pernah dengar pasal dunia makro tak dalam fotografi? Hehehe... saya tak berapa pandai sangat tapi cuba-cuba jugak la ambik gambar 'makhluk2 halus' ni! Dengan menggunakan lens yang ada dan ditambah dengan extension tube, maka inilah antara hasilnya :)

Belalang ni suka posing... macam tau2 je kita nak ambik gambar dia!

Pepatung a.k.a Sibu2 a.k.a helikopter pun boleh... hehehe :)
Satu lagi gambar pepatung tapi tak dapat sharp kat mata...huhuhu :(

Gambar lalat pun jadik bahan tapi lalat ni besar atau orang panggil langau kot...!
Bila dah bosan ambik gambar penutup lens! Huhuhu... sebagai gambar penutup jugak :)
Siapa kata main makro susah, cuba dulu baru tahu... susah cuma nak dapatkan subjek tapi bila tetiba subjek pulak banyak depan mata mulalah tamak itu nak ambik ini nak ambik, huhuhu...

For info, kebanyakan exif saya gunakan focal lens 35mm, ISO 100, f/3.5 ngan shutter 1/30s. Kalau pakai 50mm lagi cun kot sebab ada jarak jauh sikit dari subjek (saya cuma ada 35mm aje, APTB)

Sekian dulu entry suka2 nie :)





















Saturday, 4 August 2012

Memetik bintang dengan kamera...

Assalamualaikum & salam sejahtera... Malam Ramadhan kali ni lepas terawih tengok depan rumah makcik saya macam cantik pulak pemandangan malam & tanpa berlengah terus capai kamera ngan tripod (sambil berkain pelikat) terus ambik gambar dalam mode slow shutter dengan harapan lampu jalan yang diambil akan jadi seperti bintang. Hehehe... ditambah pula dengan biasan cahaya kat tasik depan rumah makcik saya tu, inilah hasilnya.... ermmm, best pulak main slow shutter ni!

Jemput la layan bintang2 buatan kamera ni yea!












For info, gambar2 ni diambil waktu lepas sahur (almaklum la bulan Ramadhan) sementara menanti sunrise. Lagipun kawasan ni agak sunyi mungkin kerana ramai yang sambung tidur dan kebetulan pulak hari minggu, hehehe... saya sorang je merayau cari bahan tanpa gangguan.

Sekian dulu update kali ni, jumpa lagi... hehehe, apa2 saje lah saya ni :)



Friday, 3 August 2012

Majlis berbuka puasa...

Salam Ramadhan buat semua... pada hari ini saya dijemput oleh isteri saya sendiri ke majlis berbuka puasa beliau dan rakan-rakannya yang mana terdiri dari rakan ofis yang masih lagi bekerja bersama dan juga yang telah meninggalkan ofis (bekerja di tempat lain). Tak lain tak bukan dah semestinya disuruh saya mengambil sekali gambar beliau dan rakan-rakannya pada majlis tersebut dan dengan umpan belanja saya sekali, saya pun menerima pelawaan beliau. Sebenarnya saya belum pernah ada pengalaman mengambil gambar sebegini, walaubagaimanapun dibawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang telah saya ambil pada hari tersebut... hehehe, belasah aje la ambik gambar dengan harapan mereka sukakan gambar-gambar yang saya ambil. 

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Terima kasih sudi singgah blog saya yang tak seberapa sempurna ini... :)
Assalamualaikum & salam sejahtera.... Jumpa lagi dilain kali yea (mood tengah rajin nak tulis blog nie... huhuhu)