Aktiviti fotografi saya di bulan ramadhan saya penuhi dengan mengambil gambar landskap seperti di sebelah ini. Gambar ini diambil menggunakan lens yang agak wide Tokina 11-16mm (ehsan dari rakan sehobi) yang tak jemu berkongsi ilmu beliau kepada saya & dapatlah saya belajar sesuatu yang baru bagi diri ini.
Gambar disebelah ini diambil ketika matahari baru menimbulkan diri dan menghasilkan suatu suasana yang begitu mendamaikan. Sekiranya penggunaan shutter saya lebih perlahan mungkin dapat menyaksikan ketenangan air yang umpama kapas / kain sutera dan penghasilan imej bebayang sampan serta tiang yang lebih menakjubkan.
Disebelah ini pula adalah kemunculan mentari pagi yang berlaku hanya beberapa ketika sahaja dan kepantasan jurufoto serta teknik dan pengalaman akan membantu untuk mendapatkan gambar yang lebih membuatkan hati terpesona. Masih banyak untuk saya perbaiki lagi untuk sampai ke tahap tersebut :)
Gambar bulan ini diambil pada malam ke-13 Ramadhan pada jam lebih kurang pukul 12:15 pagi menggunakan lens telefoto berjarak 270mm. Inilah rupa sebenar bulan tetapi tanpa bantuan teknik / setting yang betul, gambar yang terhasil tak ubah seperti mengambil lampu jalan sahaja. Setelah mendapatkan khidmat nasihat dan melalui pembacaan, dapat jualah hasil seperti disebelah ini.
Sekian dulu kali ini, Salam Ramadhan buat semua :)


No comments:
Post a Comment