My Blog List

  • PERHATIAN - Stok baru akan dikemaskini di threads https://www.threads.com/@rentaru.my atau https://www.threads.com/@gajetdijepun dahulu sebelum dikemaskini di sini...
    2 weeks ago

Wednesday, 8 August 2012

Percubaan bermakro...

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua... Pernah dengar pasal dunia makro tak dalam fotografi? Hehehe... saya tak berapa pandai sangat tapi cuba-cuba jugak la ambik gambar 'makhluk2 halus' ni! Dengan menggunakan lens yang ada dan ditambah dengan extension tube, maka inilah antara hasilnya :)

Belalang ni suka posing... macam tau2 je kita nak ambik gambar dia!

Pepatung a.k.a Sibu2 a.k.a helikopter pun boleh... hehehe :)
Satu lagi gambar pepatung tapi tak dapat sharp kat mata...huhuhu :(

Gambar lalat pun jadik bahan tapi lalat ni besar atau orang panggil langau kot...!
Bila dah bosan ambik gambar penutup lens! Huhuhu... sebagai gambar penutup jugak :)
Siapa kata main makro susah, cuba dulu baru tahu... susah cuma nak dapatkan subjek tapi bila tetiba subjek pulak banyak depan mata mulalah tamak itu nak ambik ini nak ambik, huhuhu...

For info, kebanyakan exif saya gunakan focal lens 35mm, ISO 100, f/3.5 ngan shutter 1/30s. Kalau pakai 50mm lagi cun kot sebab ada jarak jauh sikit dari subjek (saya cuma ada 35mm aje, APTB)

Sekian dulu entry suka2 nie :)





















Saturday, 4 August 2012

Memetik bintang dengan kamera...

Assalamualaikum & salam sejahtera... Malam Ramadhan kali ni lepas terawih tengok depan rumah makcik saya macam cantik pulak pemandangan malam & tanpa berlengah terus capai kamera ngan tripod (sambil berkain pelikat) terus ambik gambar dalam mode slow shutter dengan harapan lampu jalan yang diambil akan jadi seperti bintang. Hehehe... ditambah pula dengan biasan cahaya kat tasik depan rumah makcik saya tu, inilah hasilnya.... ermmm, best pulak main slow shutter ni!

Jemput la layan bintang2 buatan kamera ni yea!












For info, gambar2 ni diambil waktu lepas sahur (almaklum la bulan Ramadhan) sementara menanti sunrise. Lagipun kawasan ni agak sunyi mungkin kerana ramai yang sambung tidur dan kebetulan pulak hari minggu, hehehe... saya sorang je merayau cari bahan tanpa gangguan.

Sekian dulu update kali ni, jumpa lagi... hehehe, apa2 saje lah saya ni :)



Friday, 3 August 2012

Majlis berbuka puasa...

Salam Ramadhan buat semua... pada hari ini saya dijemput oleh isteri saya sendiri ke majlis berbuka puasa beliau dan rakan-rakannya yang mana terdiri dari rakan ofis yang masih lagi bekerja bersama dan juga yang telah meninggalkan ofis (bekerja di tempat lain). Tak lain tak bukan dah semestinya disuruh saya mengambil sekali gambar beliau dan rakan-rakannya pada majlis tersebut dan dengan umpan belanja saya sekali, saya pun menerima pelawaan beliau. Sebenarnya saya belum pernah ada pengalaman mengambil gambar sebegini, walaubagaimanapun dibawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang telah saya ambil pada hari tersebut... hehehe, belasah aje la ambik gambar dengan harapan mereka sukakan gambar-gambar yang saya ambil. 

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Pelbagai ragam mereka yang memang sporting...

Terima kasih sudi singgah blog saya yang tak seberapa sempurna ini... :)
Assalamualaikum & salam sejahtera.... Jumpa lagi dilain kali yea (mood tengah rajin nak tulis blog nie... huhuhu)

Thursday, 2 August 2012

Aktiviti di bulan Ramadhan

Aktiviti fotografi saya di bulan ramadhan saya penuhi dengan mengambil gambar landskap seperti di sebelah ini. Gambar ini diambil menggunakan lens yang agak wide Tokina 11-16mm (ehsan dari rakan sehobi) yang tak jemu berkongsi ilmu beliau kepada saya & dapatlah saya belajar sesuatu yang baru bagi diri ini.


Gambar disebelah ini diambil ketika matahari baru menimbulkan diri dan menghasilkan suatu suasana yang begitu mendamaikan. Sekiranya penggunaan shutter saya lebih perlahan mungkin dapat menyaksikan ketenangan air yang umpama kapas / kain sutera dan penghasilan imej bebayang sampan serta tiang yang lebih menakjubkan. 

Disebelah ini pula adalah kemunculan mentari pagi yang berlaku hanya beberapa ketika sahaja dan kepantasan jurufoto serta teknik dan pengalaman akan membantu untuk mendapatkan gambar yang lebih membuatkan hati terpesona. Masih banyak untuk saya perbaiki lagi untuk sampai ke tahap tersebut :)


Gambar bulan ini diambil pada malam ke-13 Ramadhan pada jam lebih kurang pukul 12:15 pagi menggunakan lens telefoto berjarak 270mm. Inilah rupa sebenar bulan tetapi tanpa bantuan teknik / setting yang betul, gambar yang terhasil tak ubah seperti mengambil lampu jalan sahaja. Setelah mendapatkan khidmat nasihat dan melalui pembacaan, dapat jualah hasil seperti disebelah ini.



Sekian dulu kali ini, Salam Ramadhan buat semua :)

Saturday, 18 February 2012

sesaje update status... 18/02/2012

Assalamualaikum... dah berbulan-bulan tak tulis blog. Masalahnye ialah masa & lebih banyak update status di fesbuk dan terlibat dalam banyak aktiviti fotografi. Hehehe... ni pun kembali menulis sebab jealous pulak tengok orang lain (yang asal zero) pun dah ada blog sendiri. Bukan berniat jahat, cuma takut blog sendiri ni jadi sekadar perhiasan sahaje... bila orang tanya ada blog ke tidak takkan nak jawab takde, tapi masalahnye tak terupdate pun dengan latest story.

Kat sini nak jugak inform antara aktiviti yang saya buat sepanjang blog ini tidak berfungsi (hehehe, tidak berfungsi eh!)...
-join kelab kamera... Nikon Club Malaysia
-kerja kahwin adik perempuan saya
-jenjalan pegi Desaru bersama sepupu dan adik (2x hari berbeza)
-naik keretapi pegi Kluang & pegi Ayer Hitam
-dan banyak lagi yang sudah terlupa dah... :)

Kalau-kalau ada yang ingin melihat gambar-gambar rasanya boleh la add saya sebagai rakan di fesbuk... http://facebook.com/matnor.wazza

Sunday, 19 June 2011

Trip ke Universal Studio Singapore


Dalam perjalanan ke Universal Studios menaiki bas dua tingkat (tapi empat orang aje)... hehehe, rasa mewah gitu. Paling hepi sekali tentulah orang yang dalam gambar nie... so takyah mengomel panjang2, tengok gambar aje lah yea! Ni serba sedikit gambar yang saya post kat sini... Gambar banyak sebenarnya tapi tak terupload semua sekali... ngeh3.

Saturday, 18 June 2011

Salam semua...

Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Salam Sejahtera kepada yang lain.... 19/06/2011 merupakan hari pertama blog ini dan harapan agar dapatlah kiranya kita semua berkongsi segala ilmu serta maklumat yang berguna untuk kehidupan kita.


Maaf terlebih dahulu saya ucapkan kiranya ada kata2 saya yang pada masa akan datang mungkin terkasar atau menyinggung perasaan dan oleh itu  harapan agar dapat kiranya kesalahan tersebut ditegur supaya tidaklah menjadi lebih teruk. Seiringan dengan ini juga, diharap saudara/i dapat sama-sama memberi komen atau apa sahaja nasihat yang mungkin dapat membantu saya memperbaiki apa jua kelemahan diri saya.


Tak banyak yang boleh saya perkatakan untuk permulaan ini. Terima kasih, jumpa lagi!